“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani”
Assalammualaikum w.r.t dan salam pertemuan sahabat semua.... Anda semua apa khabar?? Bagaimana hati kalian?? Semoga sentiasa berusaha menggapai redhaNYA dan semoga sentiasa dalam kerahmatan Illahi.... Aminnnn~
Syukran kepada semua yang sudi bertandang ke blog yang tak menarik ni.... (^_^) ... Nak dengar sebuah cerita tak?? Tajuk cerita ni "Perasaan Fitrah Kehidupan"....
Selesai kelas bahasa Arab bawah bimbingan Ustazah Zaimon sebentar tadi, semua pelajar pulang ke asrama masing-masing.... Di asrama, selesai solat zohor, mereka membuat kerja masing-masing.... Ada yang mengulangkaji pelajaran, ada yang mencuci pakaian, ada yang mengemas buku-buku sendiri, ada yang makan dan sebagainya.... Begitulah aktiviti harian sepanjang di asrama tersebut...
Pada waktu Maghrib, terdengar azan di laungkan menandakan masuknya waktu solat Maghrib... Azna dan rakan-rakan sebiliknya bersedia di ruangan solat bagi jemaah perempuan... Azrul datang dengan berpakaian biru dan berkopiah hitam.
"Kak Didi!! Ana sedih laa.... Orang tu tak tegur ana lagi!," Azna memuncungkan mulutnya dan membuat muka sedih. Didi tidak tahu apa-apa terus bertanyakan kepada Azna "Kenapa??"... Soalan Didi dijawab dengan jawapan yang ringkas ,"Tidak ada apa-apa". Azna sebenarnya menyimpan perasaan takut kalau-kalau Azrul tidak melayannya gara-gara dirinya cuba satukan antara Azrul dan Wanie.
Keesokan harinya, selesai kelas Azna dan Wanie sedang duduk-duduk di luar perpustakaan. "Wanie! Kau tahu tak ada orang yang sukakan kau??," Wanie pandang Azna dan menggeleng-gelengkan kepalanya. "Ahh! Tak cayalah aku...!" Azna Menghirupkan air soya bean yang dibelinya di kantin tengahari tadi dan duduk betul-betul di hadapan Wanie.
"Alaaa!! Tak caya?? Fine! Nak bukti??", Pertanyaan dijawab dengan sekadar anggukan oleh Wanie.
Selesai menunaikan solat fardhu asar, Azna menjalankan tugasnya dengan mengelap tingkap. Azna merupakan anak tunggal dalam sebuah keluarga yang sederhana. Dia merupakan seorang pelajar yang mendiami asrama di Madrasah Muslim Muslimah Islamiah yang terletak di Bukit Melangwati, Terengganu. Kini sudah 5 bulan dia menjadi pelajar di madrasah tersebut. Dia seorang pelajar yang rajin berusaha untuk memajukan dirinya. Setelah sampai ke tingkap kelas hadapan, dia terlihat Azrul duduk di kelas tersebut bersama seorang budak lelaki yang paling muda di madrasah tersebut.
"Assalamualaikum Azrul!," Salam diberi dan dijawab oleh Azrul.
Sebelum memulakan kata-kata, Azna sedang fikirkan ayat yang sesuai untuk menyampaikan hajatnya.
"Azrul,, awak ada kekasih tak??", Azrul terperanjat.
"Kenapa", Azrul menujukan soalan tanpa menjawab soalan Azna.
"Awak kenal Wanie tak?? Awak cun sangat dengan dia. Awak baik pada saya, dan Wanie pun baik pada saya. Dia ambil berat terhadap saya, awak pun ambil berat terhadap saya. Awak dan Wanie tu sama-sama cun!!," lontaran kata-kata Azna penuh semangat dan teruja.
"Wanie? Siapa? Saya tak kenal Wanie....,"tanpa pututs asa lagi Azna memberitahu pada Azrul yang pada majlis malam nanti seorang perempuan akan sentiasa rapat dengannya. Perempuan tersebut akan menggunakan baju kurung putih kekuningan dan bercorak merah jambu.
"Malam nanti yeee!!," belum sempat Azrul berkata apa-apa, Azna terus menuju ke bilik.
"Wanie!! Malam nanti kau guna baju kurung putih yang bercorak merah jambu tu, erk??" Azna mengambil kain tualanya dan bersedia untuk mandi.
"Tapi, kenapa??," Wajah Wanie berkerut.
"Ikut je!!! Malam ni kita jangan berpisah tau!! Orite??," Senyuman dilemparkan dan Azna terus masuk ke bilik mandi.
Wanie tersenyum melihat keletah Azna kadang-kadang kebudak-budakkan itu. Wanie tidak hairan melihat perangai sahabatnya itu kerana sejak kecil lagi dia memang rapat dengan Azna, jadi sudah masak benar dengan perangai sahabat sebiliknya itu. Kadang-kadang mereka bergurau, bergaduh dan berbaik semula. Malah kadang-kadang kalau seorang merajuk, seorang lagi jadi doktor memujuk.
Tepat jam 7:40 malam, setelah selesai solat jemaah Maghrib semua anak-anak didik yang belajar di Madrasah Muslim Muslimah Islamiah bersiap-siap untuk majlis pada malam itu. Masing-masing ditugaskan dengan kerja masing-masing. Seperti dalam perancangan, Wanie tidak berenggang walau sedetik bersama Azna. Azna harap Azrul melihat siapa yang bersamanya pada malam itu.
Setelah beberapa bulan belajar di madrasah tersebut, barulah Azrul mengenali Wanie dan Wanie dalam diam menyukai Azrul tanpa pengetahuan Azna.
Suatu hari Azna meluahkan perasaannya kepada sahabat baiknya, Wanie. Azna menyatakan perasaan sukanya pada Azrul. Wanie hanya mendengar dengan tekun.
Azna teringat dengan kata-kata Wanie suatu ketika dahulu. "Kalau Azna sama umur dengan Azrul, tentu Azna sukakan Azrul, betul tak?," Azna menggelengkan kepalanya dan menidakkan kata-kata Wanie..
"Azna! Saya ada simpan satu perasaan pada seorang wanita ni.," Azna berpaling kearah suara tersebut. Dia pun berhenti menyiapkan kerja kursusnya.
"Siapa?,"
"Wanie...," terkeluarnya nama tersebut dari mulut Azrul, membuatkan Azna terperanjat. Di sebalik senyumannya, hatinya berkecai. Di sebalik tawanya, dia bersedih.
"Ohh! Baguslah.," Senyuman tetap dilemparkan namun hanya Allah yang mengetahui perasaannya ketika itu.
Hari tu Wanie memberitahu Azna bahawa dia tidak pernah hendak bercinta sepanjang di Sabah. Wanie pernah berkata yang dia nak adalah cinta selepas nikah. Dulu, Wanie berkata bahawa dia tidak punyai apa-apa perasaan terhadap Azrul, malah dia menganggap Azrul sekadar kawan biasa dan tidak lebih dari itu.
Kini sudah seminggu Azna tidak tidak hadir ke kelas. Dia sengaja memberikan alasan pening kepala. Rakan-rakan sebiliknya tidak tahu mengapa dia tidak hadir ke kelas selama beberapa hari itu. Dia tidak pening kepala, tapi dia sedang sakit kerana hatinya hancur dan terluka. Wanie tahu tentang perasaannya terhadap Azrul, tapi kenapa baru sekarang Wanie membalasi perasaan Azrul terhadapnya. Dulu dia mengatakan yang dia tidak sukakan Azrul, dan dia menganggap Azrul hanya sebagai kawan dan tidak seperti perasaan Azna terhadap Azrul.
"Tak! Wanie tak suka Azrul. Perasaan kita berdua berbeza terhadap Azrul. Perasaan Wanie menganggap Azrul sekadar kawan biasa. Perasaan Azna menganggap Azrul lebih dari itu. So, perasaan kita berdua terhap Azrul berbeza!," kata-kata ini sering terngiang-ngiang di fikiran Azna.
Azna tidak menyangka Wanie sanggup membuatnya begitu. Wanie tahu yang Azna menyukai Azrul. Jelingan mata, kata-kata dan sebagainya dibalasi bersama. Adakah sengaja hendak menyakiti hati Azna???
Sudah tiga hari Azna tidak makan, malah dia menghukum dirinya. Matanya bertambah kembang dan kepalanya bertambah pening akibat menangis.
Dia pernah meluahkan perasaannya terhadap Azrul. Tapi bukan kerelaannya kerana Azrul mahukan Azna berterus terang tentang perasaannya.
"Didi! Boleh tolong panggil Azna?,"
"Azna! Azna! Azrul panggil. Dia ada disebelah tu!,"
Tanpa berlengah lagi, Azna ke kelas sebelah dan ditemani Naiman.
"Assalamualaikum... Ada apa awak cari saya?," tanpa disuruh, Azna terus mengambil kerusi dan terus duduk.
"Waalaikummussalam...maaf menganggu. Ada perkara yang hendak di bincangkan.," Wajah Azrul bertukar serius.
"Tentang apa?," terpamer tanda tanya di wajah Azna.
"Saya nak awak terus terang, cakap sejujurnya, boleh??," kejujuran yang ikhlas dari hati Azna diharapkan tanpa rasa terpaksa.
"Ya. Awak nak saya terus terang tentang apa?," Azna masih lagi dalam keadaan tertanya-tanya.
"Awak mesti janji dulu yang awak akan bercakap benar.,"Azrul memusingkan kerusinya dengan pusingan 360.
"Ya. Saya akan bercakap benar.," senyap sejenak.
"Baiklah. Saya nak awak terus terang dan bercakap benar, adakah awak menyukai saya??,"Azrul masih lagi keadaan serius.
Pertanyaan Azrul sukar untuk dijawab. Berkali-kali Azrul menujukan soalan yang sama namun hanya suara burung dari luar jendela sahaja yang kedengaran.
Azna tidak mahu menjawab kerana dia takut kalau Azrul mengetahui tentang perasaan ini sudah pasti dia akan kehilangan Azrul Selama ini Azrul sentiasa hadir dalam hidupnya, sentiasa menghiburkan hatinya, sentiasa ada untuk dengar setiap masalahnya dan memberikannya semangat ketika dia lemah. Dia takut bila Azrul tahu tentang perasaan ini Azrul akan berubah.
Selama dia mengenali Azrul, dia rasa disayang dan diambil berat oleh Azrul. Azrul seorang anak yang baik. Azrul tetap kuat menghadapi kehidupannya walaupun telah kematian ayahnya ketika berumur 12 tahun. Ayahnya seorang mualaf, sebelum ayahnya berkahwin dengan ibinya ayahnya telah pun memeluk Islam. Pada asalnya ayahnya menganut agama Kristian. Alhamdulillah... Sejak kematian ayahnya dihadapan mata dia bertekad untuk berubah.
Dulu Azrul seorang anak yang degil dan liar. Dia mudah terpengaruh dengan perangai budak-budak yang nakal. Dia juga selalu menghabiskan duitnya dengan membeli rokok. Syukur , Allah SWT telah menyampaikan hidayah untuknya. Allah SWT sentiasa memberikan kita peluang untuk memperbaiki diri, walau sejahat mana pun kita.
Biarpun ayahnya seorang mualaf namun Azrul bijak dan berusaha bersungguh-sungguh dalam mendalami agama Islam. Dia juga gemar menyampaikan dakwah tentang Rasulullah SAW . Dia juga rajin berzikir, mengaji, muhasabah diri dan sebagainya. Azrul seorang pelajar yang merendah diri. Setiap pengalaman hidup yang dilalui, dia tidak lokek untuk berkongsi bersama rakan-rakannya yang lain.
"Azna! Awak sukakan saya?," Azrul mengulangi pertanyaannya dan dijawab dengan sebuah anggukan oleh Azna.
"Tolong jawab dengan mulut, bukan dengan anggukan kepala.," mata Azra ditatap untuk mencari kebenaran.
" Betul. Saya sukakan awak. Lama dah saya simpankan perasaan ini!," Azna menundukkan kepalanya. Tanpa disedari titisan air mata telah gugur.
Azna takut dengan perasaannya. Dia takut akan kehilangan Azrul yang mula-mula dia kenal. Azrul yang mula-mula dia kenal sentiasa membuatkan hidupnya ceria dan bahagia. Dia takut hilangnya kemesraan dari Azrul. Dia tidak mahu hubungan yang mul;a-mula ceria bertukar suram setelah Azrul mengetahui tentang perasaannya.
"Oh! Alhamdulillah.Suka sebagai apa? Adik? Kawan? Atau kekasih?," Setelah mendengar pengakuan dari Azna, Azrul tersenyum. Namun, getaran hati Azra semakin berdebar-debar, dia takut akan kehilangan Azrul. Pertanyaan Azrul tidak dipedulikan.
"Sebagai Adik?," Azrul bertanya dan masih tidak dijawab.
"Sebagai kawan?," Azna tidak memberikan sebarang respon.
"Sebagai kekasih?," pertanyaan itu tidak dijawab juga namun ada gerakkan mulut dari Azna.
"Oh! Sebagai kekasih?? Terima kasih.,"seterusnya barulah Azna menganggukkan kepala.
"Awak menganggap saya kekasih, saya juga menganggap awak kekasih!,"kata-kata ikhlas dari hati Azrul.
"Syukur. Aku telah meluahkan perasaanku terhadap Azrul. Tapi, aku takut akan kehilangannya!," hati kecil Azna sedang berbicara.
Di waktu dia lemah, Azrullah memberikan kekuatan untuk dia bangkit semula. Di waktu dia bersedih, Azrullah penghiburnya. Azrullah lelaki yang selalu membuatkan Azna selalu ceria , bahagia dan ketawa.
Beberapa bulan seterusnya...
"Ehh!! Wanie! Awak ada apa-apa dengan Azrul ke?," Wanie terperanjat.
"Mana ada.,"jawapan yang ringkas diberikan.
Beerapa hari selepas itu, Azna hadir ke kelas dengan wajah yang sedih dan tidak bersemangat. Dia bertanya pada dirinya sendiri, mengapa perlu ada rasa cemburu? Dia sendiri yang pertemukan Wanie dengan Azrul. Namun, kini dia sendiri yang mencemburuinya. Dia sakit menahan sedih. Sedih kerana Wanie tahu yang dia suka, sayang dan cintakan Azrul. Namun, mengapa kini baru ada respon dari Wanie dan berbalas-balas perasaan??
"Wanie tak mengenang budi ke? Kalau tidak aku yang pertemukan mereka berdua sudah tentu tak jadi macam ni!,"hati kecil gadis Sarawak itu berbicara lagi. Hatinya terluka, pedih dan sakit kerana merasakan dirinya dipermainkan. Sekarang dia sendiri yang cemburu.
Azna masih ingat lagi kata-kata Azrul di corong telefon "Kalau awak sanggup tunggu, tunggulah. Kalau tak sanggup, tak payahlah awak tunggu.," kata-kata itu membuatkan Azna kembali bersemangat dan berkeyakinan.
Kata-kata ini sentiasa Azra pegang dan genggam "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat". Kata-kata ini Azna jadikan pembakar semgat untuk melakukan perubahan dalam hidupnya. Dulu Azna tidak tidak taat solat dalam 5 waktu, kini dia berusaha untuk tidak meninggalkannya lagi. Dulu dia tidak pandai menutup aurat dengan betul, kini dia menutupi apa yang patut. Dulu dia seorang yang kasar dan gemar bergaul dengan lelaki,kini dia menjaga setiap akhlak dan batas pergaulannya.
Perubahan yang dilakukannya bukan kerana Azrul, tetapi lakukan perubahan ikhlas kerana Allah SWT.. Dia mahu cinta yang halal dan direstui oleh ibubapanya. Redha Allah SWT terletak kepada keredhaan kedua orang tua.
Setiap malam Azna melakukan solat sunat Tahajjud, taubat dan istikharah. Dia mohon agar Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk untuk dia terus dijalan yang diredhai.
"Ya Allah!! Perkenanlah permohonan hambaMU yang kerdil lagi hina ini. Hanya padaMU hamba bersujud, berserah, berdoa maka makbulkanlah permintaan hamba ya Allah... Ya Allah Pentadbir sekalian makhluk, hamba mohon permudahkanlah kehidupan di dunia dan di akhirat bagi hamba, kedua ibu bapa hamba, guru-guru hamba, sahabat-sahabat hamba dan kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ya Allah...kirimkanlah hamba jodoh yang baik dan soleh dan mampu membimbing hamba terus menerus untuk menggapai redhaMU...yang mampu membahagiakan hamba, yang mampu bersama hamba dalam menempuhi perjalanan kehidupan dan mampu mencintai hamba dengan seadanya...aminnn ya Rabb".