Assalammualaikum w.r.t dan salam ukhwah fillah....
Segala puji hanya milik Allah Rabb alam semesta, kepada Allah kita memohon pertolongan atas urusan dunia dan agama, selawat dan salam semoga sentiasa tercurah atas sebaik-baik Rasul iaitu Nabi Muhammad SAW dan atas semua keluarganya, para sahabatnya, para tabi'in dan semua yang mengikuti mereka dengan baik sampai hari pembalasan kelak....
Apakah khabar hati2 kalian??
Rindu,, sungguh rindu mengupdate blog ni !!
Nak kenalkan....ni kumpulan qasidah lelaki dari Madrasah al-Khairat....
Kalau kumpulan Maulid perempuan tu ada....cuma tak dapat nak upload coz line begitu mencemburui.... (^_^)
Pelbagai pengalaman terdapat di madarasah ni... Masuk bulan ni dah 4 bulan Mazz menjadi sebahagian keluarga madrasah.... Di madarasah kami adalah sebuah keluarga yang besar,, kami saling ingat mengingati antara satu sama lain... Yakni,, kami tiada beza...antara kami adalah adeq beradeq... Kami saling sayang menyayangi antara satu sama lain kerana Allah SWT....
Madrasah merupakan rumah ke 2 bagi kami... Di madrasah bukan setakat belajar mengenai feqah, tauhid, hafazan, nahu tapi di madrasah ini juga di ajar tentang mendidik hati....
Mazz bersyukur sangat menemui Madrasah al-Khairat.... Sukar hendak di kata betapa gembiranya hati.... Namun,, hanya Allah mengetahui...
Akhir kata,, mohon maaf andai ada terkasar bahasa dalam sepanjang coretan kecil ini... Jika Maz punyai kesalahan di mata kalian,, tegur-tegurlah Mazz... Mazz manusia biasa seperti kalian yang tak lekang dek kesilapan.... Orang tegur Mazz kerana orang itu sayangkan Mazz.... Alhamdulillah... Terima kasih kalian....
Wassalam~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan