Isnin, 5 Ogos 2013

~Dari Sahabat Untuk Sahabat~

 “Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
سبحان الله وبجمده سبحان الله العظيم
  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم




Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh....

Kata Imam al-Ghazali :-

"Jangan kau takut bila dibenci manusia , kerana pasti ada yang menyayangi engkau, tapi takutlah dirimu pada kebencian ALLAH SWT, kerana tak akan ada yang menyukai dirimu lagi".

Dengan nama ALLAH SWT yang Maha Pengasih dan Lagi Maha Penyayang~

"Cintailah ALLAH SWT pasti kamu akan dicintai,
 Cintailah Rasulmu pasti kamu akan dicintai,
 Cintailah kedua ibubapamu, pasti kamu akan dicintai juga".

"Sejahat mana pun seseorang penjahat, apabila disebut tentang ibunya pasti dirinya akan lemah".

"Kecantikan bukan dinilai pada wajah, tapi pada hati".

"Serban, jubah, tasbih, dan perhiasan bukan tanda seseorang itu beriman, TAPI iman terletak pada HATI".

"Iman itu terdapat 70 cabang, dan malu adalah salah satu cabangnya".

"Barangsiapa yang menganggap dirinya lebih mulia dari seekor anjing, maka dialah orang yang sombong".

"Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbihlah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari supaya kamu merasa senang". (QS THAHA:130)

"Sesungguhnya kalau mereka beriman dan bertaqwa, nescaya mereka akan mendapat pahala dan sesungguhnya pahala dari sisi ALLAH SWT adalah lebih baik, jika mereka mengetahui". (QS AL-BAQARAH:103)



~Dari Adam Untuk Hawa~

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
سبحان الله وبجمده سبحان الله العظيم
    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 
 

 


Hawa
Dirimu bak mutiara di lautan
Susah dicari
Susah didapati
Dirimu sungguh berharga
Walaupun diri rasa terhina

Hawa
Jauhilah dirimu dari seperti kelapa
Isinya manis dan sangat berguna
Tapi awas
Ia senang didapati senang diperolehi
Diambil isinya dibuang rangkanya
Jauhilah ia dan jadilah seperti mutiara

Ahad, 30 Jun 2013

~Bila Hati Diguris~


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
سبحان الله وبجمده سبحان الله العظيم
  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.
Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.

Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.

Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.

Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai’e.

Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai’e.
Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.
Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.

Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya.”

Jumaat, 28 Jun 2013

~Aku Telah Dewasa~

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
سبحان الله وبجمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم





   Assalamualaikum w.r.t dan salam persaudaraan buat sahabat semua... Syukur ke hadrat Illahi kerana masih ada kesempatan menulis blog pada hari ini untuk dikongsikan bersama sahabat sekalian... Alhamdulillah jua kerana Allah SWT masih lagi memberikan nikmat pernafasan pada hari ini bagi meneruskan kehidupan dan melakukan amal ibadah serta perbaiki diri hari demi hari... Semoga kita bersama bersahabat hingga ke Taman Firdausi... Amin Ya Rabb...

   Pertama sekali Maz nak ucapkan terima kasih kepada sahabat kerana sudi berkunjung ke teratak blog Maz yang tidak menarik ni... Setiap yang tercoret di blog ini merupakan pengalaman hidup yang pernah Maz lalui... Ianya untuk dikongsikan bersama supaya dapat dijadikan teladan kehidupan pada diri saya dan sahabat semua... Benar!! Hidup banyak mematangkan diri...

   Apa khabar hati sahabat pada hari ini?? Semoga hidup kita sentiasa berada di dalam keredhaan Allah SWT....insyaALLAH....




   Alhamdulillah!! Allah SWT tetap memberikan aku kekuatan disaat aku tersungkur dan berputus asa... Terima kasih ya Allah!!

   Dahulu, aku mempunyai sifat kebudak-budakan sehinggakan ada antara orang-orang disekelilingku tidak menyukai akan karenahku... Aku juga seorang yang cepat lupa, contohnya apa yang orang nasihatkan padaku, masuk memang masuk tapi lupa balik... Selepas dinasihati aku mengulangi perangai lamaku... Dulu, aku mudah mengalah dengan keadaan sekeliling... Dulu juga, aku banyak menangis, sensitif dan bersikap suuzon(berburuk sangka)...

   Itulah aku yang dulu!!

   Berburuk sangka?? Sampai bila?? Sikap buruk sangka ini akan menghancurkan silaturrahim yang sudah tersedia terjalin... Apatah lagi dalam perhubungan persahabatan... Sahabatku,, semoga kita dipermudahkan untuk husnuzon(berbaik sangka) dalam kehidupan... Aminn...

   Mudah menangis dan sensitif?? Sampai bila pula hendak diteruskan sikap sebegini?? Ianya tidak membahagiakan hati dan jiwa, malah banyak penyeksaan diri... Keadaan sebegini akan menyebabkan aku berada dalam suasana tertekan... Keadaan ini juga akan mengganggu pelajaranku....

   Dijadikan cerita...

   Pada bulan lalu, aku mempunyai perasaan suka kepada seseorang... Dia baik, mempunyai akhlak yang memikat hatiku dan dialah selalu membuatkan aku sentiasa gembira... Hinggakan satu tahap, aku tidak dapat mengawal perasaan cemburu dalam diri... Aku bersikap kasar dan memarahinya... Apabila kami bertembung pasti aku menjeling padanya...

   Suatu hari, aku menangis kerana terasa kecewa, sedih, pedih dan terasa teramat berputus asa... Keadaan kami yang dahulunya mesra, kini bertukar disebabkan perasaan cemburu dan sikap suuzon dalam diriku... Aku menangis sekuat-kuat hati... Aku terasa lemah dan tersungkur tidak berdaya...

   Di saat-saat aku buntu tiada kekuatan, aku ingin meluahkan dan  kongsikan perkara yang tersimpan di lubuk hati ini dengan  seorang hamba Allah SWT... Aku mohon dorongan dan semangat dari orang sekelilingku... Tapi... Aku tidak tahu pada siapa...

   Ketika aku bersendirian, telah datang seorang insan yang telah Allah SWT kirimkan untuk memberikan aku semangat... Aku yakin,, orang itu Allah SWT kirimkan sebagai perantaraan aku dengan Allah SWT... Kata-kata semangat yang diberikan merupakan kata-kata semangat daripada Allah SWT... Syukur aku padaMu ya Allah SWT...


   Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana Allah SWT memberikan aku semangat, petunjuk, dan kekuatan semula... Walau apa pun yang telah aku lakukan, kasih sayang Allah SWT tetap mengiringi... Terima kasih atas ujian yang telah Engkau berikan pada aku ya Allah...

   Mungkin selama ini Allah SWT hendak menguji aku sama ada aku tabah atau tidak menghadapi ujianNya... Mungkin Allah SWT hendak melihat sejauh mana aku mentaati perintahNya... Allah SWT hendak melihat sejauh manakah aku terus bergantung harapan padanya ataupun terus rebah berputus asa... Betullah kata orang, setiap ujian yang kita hadapi itu pasti ada hikmah disebaliknya... Hikmah itu nikmat yang sungguh besar bagi insan-insan yang bersabar...


   Berbalik nasihat yang diberikan daripada insan yang dikirimkan oleh Allah SWT, nasihatnya mengandungi banyak makna...

   Antara nasihat-nasihat itu :

  1. Jangan ada rasa cinta antara satu sama lain dahulu.
  2. Jangan terlalu memikirkan perkara yang boleh membuatkan kita menangis.
  3. Fokus belajar (sibukkan diri terus menerus belajar dalam setiap masa terluang).
  4. Amalkan zikir setiap masa yang berlalu.
  5. Anggap apa yang di hadapan mata dan didengar yang boleh membuatkan diri menangis itu sebagai angin biasa sahaja.
  6. Betulkan niat.
   Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!!

   Beberapa dorongan yang diberikan  telah mampu menguatkan semangat aku kembali... Benar!! Pengalaman inilah mendidik hatiku dan mematangkan fikiranku... Aku ingin mengucapkan berbanyak kali syukur ke hadrat Illahi atas semua ini...



   Aku selalu menangis kerana seorang lelaki?? Ah!! Betapa jahilnya aku diwaktu itu... Mensia-siakan waktu yang berharga dengan tangisan hanya kerana seorang lelaki... Belum tentu lelaki itu jodoh aku kelak... Alangkah baiknya andai aku isikan masa yang berlalu itu dengan menyibukkan diri belajar, belajar dan belajar.... Masa itu adalah emas!!


   Usah kecewa andai tiada yang mencintai dan dicintai setelain Allah SWT, Rasul dan ibubapa... Sungguh indah andai mencintai ilmu... Ini kerana ilmu adalah wasiat para nabi kepada para ulama... Mereka tidak mewasiatkan wang dinar tapi mereka mewasiatkan ilmu... Oleh itu, marilah kita bersama hindari pembaziran waktu dengan memenuhi masa-masa yang berlalu itu mencintai Rasulullah SAW... Bukti mencintai Rasul?? Isikan masa yang terluang itu dengan menuntut ilmu yang berfaedah...

   Dan, biar kita menerima kebencian orang sekeliling terhadap kita... Asalkan kita tidak membalas kebencian orang sekeliling... Malah, membalas kebencian itu dengan kasih sayang yang seikhlasnya berlandaskan syariat Allah SWT....

   Kini aku mulakan kehidupan baru dengan fikiran yang matang... Baiki diri sebelum baiki hubungan dengan insan lain... Mulakan hidup baru dengan Bismillahirrahmannirrahim... Walau hari ini kita merasakan tidak ada orang yg menyayangi kita dan masih menilai kita dengan diri  yang lama... Sedarlah!! Kasih sayang Allah SWT tetap kekal abadi  dan hanya Allah SWT yang mengetahui segala-galanya... Anggap sahaja apa yang di depan mata dan didengar sebagai angin yang biasa... Mulakan hidup baru dengan ikhlas ditemani dengan moto baru, "JANGAN MENGALAH DENGAN KEADAAN SEKELILING, ANGGAP KEADAAN SEKELILING MENDORONG DIRI UNTUK BERJAYA"....





"Orang yang paling bahagia adalah orang yg melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain".

Jumaat, 7 Jun 2013

~ Fitrah Kehidupan Manusia....ALLAH SWT yang Menjadikan~

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

سبحان الله وبجمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Assalammualaikum w.r.t dan salam pertemuan sahabat semua.... Anda semua apa khabar?? Bagaimana hati kalian?? Semoga sentiasa berusaha menggapai redhaNYA dan semoga sentiasa dalam kerahmatan Illahi.... Aminnnn~

Syukran kepada semua yang sudi bertandang ke blog yang tak menarik ni.... (^_^) ... Nak dengar sebuah cerita tak?? Tajuk cerita ni "Perasaan Fitrah Kehidupan"....

Cerita ni rekaan semata-mata~


   Selesai kelas bahasa Arab bawah bimbingan Ustazah Zaimon sebentar tadi, semua pelajar pulang ke asrama masing-masing.... Di asrama, selesai solat zohor, mereka membuat kerja masing-masing.... Ada yang mengulangkaji pelajaran, ada yang mencuci pakaian, ada yang mengemas buku-buku sendiri, ada yang makan dan sebagainya.... Begitulah aktiviti harian sepanjang di asrama tersebut...

   Pada waktu Maghrib, terdengar azan di laungkan menandakan masuknya waktu solat Maghrib... Azna dan rakan-rakan sebiliknya bersedia di ruangan solat bagi jemaah perempuan... Azrul datang dengan berpakaian biru dan berkopiah hitam. 

   "Kak Didi!! Ana sedih laa.... Orang tu tak tegur ana lagi!," Azna memuncungkan mulutnya dan membuat muka sedih. Didi tidak tahu apa-apa terus bertanyakan kepada Azna "Kenapa??"... Soalan Didi dijawab dengan jawapan yang ringkas ,"Tidak ada apa-apa". Azna sebenarnya menyimpan perasaan takut kalau-kalau Azrul tidak melayannya gara-gara dirinya cuba satukan antara Azrul dan Wanie.

   Keesokan harinya, selesai kelas Azna dan Wanie sedang duduk-duduk di luar perpustakaan. "Wanie! Kau tahu tak ada orang yang sukakan kau??," Wanie pandang Azna dan menggeleng-gelengkan kepalanya. "Ahh! Tak cayalah aku...!" Azna Menghirupkan air soya bean yang dibelinya di kantin tengahari tadi dan duduk betul-betul di hadapan Wanie.

   "Alaaa!! Tak caya?? Fine! Nak bukti??", Pertanyaan dijawab dengan sekadar anggukan oleh Wanie.

   Selesai menunaikan solat fardhu asar, Azna menjalankan tugasnya dengan mengelap tingkap. Azna merupakan anak tunggal dalam sebuah keluarga yang sederhana. Dia merupakan seorang pelajar yang mendiami asrama di Madrasah Muslim Muslimah Islamiah yang terletak di Bukit Melangwati, Terengganu. Kini sudah 5 bulan dia menjadi  pelajar di madrasah tersebut. Dia seorang pelajar yang rajin berusaha untuk memajukan dirinya. Setelah sampai ke tingkap kelas hadapan, dia terlihat Azrul duduk di kelas tersebut bersama seorang budak lelaki yang paling muda di madrasah tersebut.

   "Assalamualaikum Azrul!," Salam diberi dan dijawab oleh Azrul.

   Sebelum memulakan kata-kata, Azna sedang fikirkan ayat yang sesuai untuk menyampaikan hajatnya.

   "Azrul,, awak ada kekasih tak??", Azrul terperanjat.
 
   "Kenapa", Azrul menujukan soalan tanpa menjawab soalan Azna.
 
   "Awak kenal Wanie tak?? Awak cun sangat dengan dia. Awak baik pada saya, dan Wanie pun baik pada saya. Dia ambil berat terhadap saya, awak pun ambil berat terhadap saya. Awak dan Wanie tu sama-sama cun!!," lontaran kata-kata Azna  penuh semangat dan teruja.
 
   "Wanie? Siapa? Saya tak kenal Wanie....,"tanpa pututs asa lagi Azna memberitahu pada Azrul yang pada majlis malam nanti seorang perempuan akan sentiasa rapat dengannya. Perempuan tersebut akan menggunakan baju kurung putih kekuningan dan bercorak merah jambu.
 
   "Malam nanti yeee!!," belum sempat Azrul berkata apa-apa, Azna terus menuju ke bilik.
 
   "Wanie!! Malam nanti kau guna baju kurung putih yang bercorak merah jambu tu, erk??" Azna mengambil kain tualanya dan bersedia untuk mandi.
 
   "Tapi, kenapa??," Wajah Wanie berkerut.
 
   "Ikut je!!! Malam ni kita jangan berpisah tau!! Orite??," Senyuman dilemparkan dan Azna terus masuk ke bilik mandi.

   Wanie tersenyum melihat keletah Azna kadang-kadang kebudak-budakkan itu. Wanie tidak hairan melihat perangai sahabatnya itu kerana sejak kecil lagi dia memang rapat dengan Azna, jadi sudah masak benar dengan perangai sahabat sebiliknya itu. Kadang-kadang mereka bergurau, bergaduh dan berbaik semula. Malah kadang-kadang kalau seorang merajuk, seorang lagi jadi doktor memujuk.

   Tepat jam 7:40 malam, setelah selesai solat jemaah Maghrib semua anak-anak didik yang belajar di Madrasah Muslim Muslimah Islamiah bersiap-siap untuk majlis pada malam itu. Masing-masing ditugaskan dengan kerja masing-masing. Seperti dalam perancangan, Wanie tidak berenggang walau sedetik bersama Azna. Azna harap Azrul melihat siapa yang bersamanya pada malam itu.

   Setelah beberapa bulan belajar di madrasah tersebut, barulah Azrul mengenali Wanie dan Wanie dalam diam menyukai Azrul tanpa pengetahuan Azna.

   Suatu hari Azna meluahkan perasaannya kepada sahabat baiknya, Wanie. Azna menyatakan perasaan sukanya pada Azrul. Wanie hanya mendengar dengan tekun.

   Azna teringat dengan kata-kata Wanie suatu ketika dahulu. "Kalau Azna sama umur dengan Azrul, tentu Azna sukakan Azrul, betul tak?," Azna menggelengkan kepalanya dan menidakkan kata-kata Wanie..

   "Azna! Saya ada simpan satu perasaan pada seorang wanita ni.," Azna berpaling kearah suara tersebut. Dia pun berhenti menyiapkan kerja kursusnya.
 
   "Siapa?,"
 
   "Wanie...," terkeluarnya nama tersebut dari mulut Azrul, membuatkan Azna terperanjat. Di sebalik senyumannya, hatinya berkecai. Di sebalik tawanya, dia bersedih.
 
   "Ohh! Baguslah.," Senyuman tetap dilemparkan namun hanya Allah yang mengetahui perasaannya ketika itu.

   Hari tu Wanie memberitahu Azna bahawa dia tidak pernah hendak bercinta sepanjang di Sabah. Wanie pernah berkata yang dia nak adalah cinta selepas nikah. Dulu, Wanie berkata bahawa dia tidak punyai apa-apa perasaan terhadap Azrul, malah dia menganggap Azrul sekadar kawan biasa dan tidak lebih dari itu.




   Kini sudah seminggu Azna tidak tidak hadir ke kelas. Dia sengaja memberikan alasan pening kepala. Rakan-rakan sebiliknya tidak tahu mengapa dia tidak hadir ke kelas selama beberapa hari itu. Dia tidak pening kepala, tapi dia sedang sakit kerana hatinya hancur dan terluka. Wanie tahu tentang perasaannya terhadap Azrul, tapi kenapa baru sekarang Wanie membalasi perasaan Azrul terhadapnya. Dulu dia mengatakan yang dia tidak sukakan Azrul, dan dia menganggap Azrul hanya sebagai kawan dan tidak seperti perasaan Azna terhadap Azrul.

   "Tak! Wanie tak suka Azrul. Perasaan kita berdua berbeza terhadap Azrul. Perasaan Wanie menganggap Azrul sekadar kawan biasa. Perasaan Azna menganggap Azrul lebih dari itu. So, perasaan kita berdua terhap Azrul berbeza!," kata-kata ini sering terngiang-ngiang di fikiran Azna.

   Azna tidak menyangka Wanie sanggup membuatnya begitu. Wanie tahu yang Azna menyukai Azrul. Jelingan mata, kata-kata dan sebagainya dibalasi bersama. Adakah sengaja hendak menyakiti hati Azna???

   Sudah tiga hari Azna tidak makan, malah dia menghukum dirinya. Matanya bertambah kembang dan kepalanya bertambah pening akibat menangis.

   Dia pernah meluahkan perasaannya terhadap Azrul.  Tapi bukan kerelaannya kerana Azrul mahukan Azna berterus terang tentang perasaannya.

   "Didi! Boleh tolong panggil Azna?,"
   "Azna! Azna! Azrul panggil. Dia ada disebelah tu!,"

   Tanpa berlengah lagi, Azna ke kelas sebelah dan ditemani Naiman.

   "Assalamualaikum... Ada apa awak cari saya?," tanpa disuruh, Azna terus mengambil kerusi dan terus duduk.

   "Waalaikummussalam...maaf menganggu. Ada perkara yang hendak di bincangkan.," Wajah Azrul bertukar serius.

   "Tentang apa?," terpamer tanda tanya di wajah Azna.

   "Saya nak awak terus terang, cakap sejujurnya, boleh??," kejujuran yang ikhlas dari hati Azna diharapkan tanpa rasa terpaksa.

   "Ya. Awak nak saya terus terang tentang apa?," Azna masih lagi dalam keadaan tertanya-tanya.

   "Awak mesti janji dulu yang awak akan bercakap benar.,"Azrul memusingkan kerusinya dengan pusingan 360.

   "Ya. Saya akan bercakap benar.," senyap sejenak.

   "Baiklah. Saya nak awak terus terang dan bercakap benar, adakah awak menyukai saya??,"Azrul masih lagi keadaan serius.

   Pertanyaan Azrul sukar untuk dijawab. Berkali-kali Azrul menujukan soalan yang sama namun hanya suara burung dari luar jendela sahaja yang kedengaran.

   Azna tidak mahu menjawab kerana dia takut kalau Azrul mengetahui tentang perasaan ini sudah pasti dia akan kehilangan Azrul Selama ini Azrul sentiasa hadir dalam hidupnya, sentiasa menghiburkan hatinya, sentiasa ada untuk dengar setiap masalahnya dan memberikannya semangat ketika dia lemah. Dia takut bila Azrul tahu tentang perasaan ini Azrul akan berubah.

   Selama dia mengenali Azrul, dia rasa disayang dan diambil berat oleh Azrul. Azrul seorang anak yang baik. Azrul tetap kuat menghadapi kehidupannya walaupun telah kematian ayahnya ketika berumur 12 tahun. Ayahnya seorang mualaf, sebelum ayahnya berkahwin dengan ibinya ayahnya telah pun memeluk Islam. Pada asalnya ayahnya menganut agama Kristian. Alhamdulillah... Sejak kematian ayahnya dihadapan mata dia bertekad untuk berubah.

   Dulu Azrul seorang anak yang degil dan liar. Dia mudah terpengaruh dengan perangai budak-budak yang nakal. Dia juga selalu menghabiskan duitnya dengan membeli rokok. Syukur , Allah SWT telah menyampaikan hidayah untuknya. Allah SWT sentiasa memberikan kita peluang untuk memperbaiki diri, walau sejahat mana pun kita.

   Biarpun ayahnya seorang mualaf namun Azrul bijak dan berusaha bersungguh-sungguh dalam mendalami agama Islam. Dia juga gemar menyampaikan dakwah tentang Rasulullah SAW . Dia juga rajin berzikir, mengaji, muhasabah diri dan sebagainya. Azrul seorang pelajar yang merendah diri. Setiap pengalaman hidup yang dilalui, dia tidak lokek untuk berkongsi bersama rakan-rakannya yang lain.

   "Azna! Awak sukakan saya?," Azrul mengulangi pertanyaannya dan dijawab dengan sebuah anggukan oleh Azna.

   "Tolong jawab dengan mulut, bukan dengan anggukan kepala.," mata Azra ditatap untuk mencari kebenaran.

   " Betul. Saya sukakan awak. Lama dah saya simpankan perasaan ini!," Azna menundukkan kepalanya. Tanpa disedari titisan air mata telah gugur.

   Azna takut dengan perasaannya. Dia takut akan kehilangan Azrul yang mula-mula dia kenal. Azrul yang mula-mula dia kenal sentiasa membuatkan hidupnya ceria dan bahagia. Dia takut hilangnya kemesraan dari Azrul. Dia tidak mahu hubungan yang mul;a-mula ceria bertukar suram setelah Azrul mengetahui tentang perasaannya.

   "Oh! Alhamdulillah.Suka sebagai apa? Adik? Kawan? Atau kekasih?," Setelah mendengar pengakuan dari Azna, Azrul tersenyum. Namun, getaran hati Azra semakin berdebar-debar, dia takut akan kehilangan Azrul. Pertanyaan Azrul tidak dipedulikan.

   "Sebagai Adik?," Azrul bertanya dan masih tidak dijawab.

   "Sebagai kawan?," Azna tidak memberikan sebarang respon.

   "Sebagai kekasih?," pertanyaan itu tidak dijawab juga namun ada gerakkan mulut dari Azna.

   "Oh! Sebagai kekasih?? Terima kasih.,"seterusnya barulah Azna menganggukkan kepala.

   "Awak menganggap saya kekasih, saya juga menganggap awak kekasih!,"kata-kata ikhlas dari hati Azrul.

   "Syukur. Aku telah meluahkan perasaanku terhadap Azrul. Tapi, aku takut akan kehilangannya!," hati kecil Azna sedang berbicara.

   Di waktu dia lemah, Azrullah memberikan kekuatan untuk dia bangkit semula. Di waktu dia bersedih, Azrullah penghiburnya. Azrullah lelaki yang selalu membuatkan Azna selalu ceria , bahagia dan ketawa.

   Beberapa bulan seterusnya...

   "Ehh!! Wanie! Awak ada apa-apa dengan Azrul ke?," Wanie terperanjat.

   "Mana ada.,"jawapan yang ringkas diberikan.

   Beerapa hari selepas itu, Azna hadir ke kelas dengan wajah yang sedih dan tidak bersemangat. Dia bertanya pada dirinya sendiri, mengapa perlu ada rasa cemburu? Dia sendiri yang pertemukan Wanie dengan Azrul. Namun, kini dia sendiri yang mencemburuinya. Dia sakit menahan sedih. Sedih kerana Wanie tahu yang dia suka, sayang dan cintakan Azrul. Namun, mengapa kini baru ada respon dari Wanie dan berbalas-balas perasaan??

   "Wanie tak mengenang budi ke? Kalau tidak aku yang pertemukan mereka berdua sudah tentu tak jadi macam ni!,"hati kecil gadis Sarawak itu berbicara lagi. Hatinya terluka, pedih dan sakit kerana merasakan dirinya dipermainkan. Sekarang dia sendiri yang cemburu.

   Azna masih ingat lagi kata-kata Azrul di corong telefon "Kalau awak sanggup tunggu, tunggulah. Kalau tak sanggup, tak payahlah awak tunggu.," kata-kata itu membuatkan Azna kembali bersemangat dan berkeyakinan.

   Kata-kata ini sentiasa Azra pegang dan genggam "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat". Kata-kata ini Azna jadikan pembakar semgat untuk melakukan perubahan dalam hidupnya. Dulu Azna tidak tidak taat solat dalam 5 waktu, kini dia berusaha untuk tidak meninggalkannya lagi. Dulu dia tidak pandai menutup aurat dengan betul, kini dia menutupi apa yang patut. Dulu dia seorang yang kasar dan gemar bergaul dengan lelaki,kini dia menjaga setiap akhlak dan batas pergaulannya.

   Perubahan yang dilakukannya bukan kerana Azrul, tetapi lakukan perubahan ikhlas kerana Allah SWT.. Dia mahu cinta yang halal dan direstui oleh ibubapanya. Redha Allah SWT terletak kepada keredhaan kedua orang tua.

   Setiap malam Azna melakukan solat sunat Tahajjud, taubat dan istikharah. Dia mohon agar Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk untuk dia terus dijalan yang diredhai.

   "Ya Allah!! Perkenanlah permohonan hambaMU yang kerdil lagi hina ini. Hanya padaMU hamba bersujud, berserah, berdoa maka makbulkanlah permintaan hamba ya Allah... Ya Allah Pentadbir sekalian makhluk, hamba mohon permudahkanlah kehidupan  di dunia dan di akhirat bagi hamba, kedua ibu bapa hamba, guru-guru hamba, sahabat-sahabat hamba dan kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ya Allah...kirimkanlah hamba jodoh yang baik dan soleh dan mampu membimbing hamba terus menerus untuk menggapai redhaMU...yang mampu membahagiakan hamba, yang mampu bersama hamba dalam menempuhi perjalanan kehidupan dan mampu mencintai hamba dengan seadanya...aminnn ya Rabb".









-BERSAMBUNG-

Ahad, 31 Mac 2013

I LOVE MADRASAH AL-KHAIRAT

Assalammualaikum w.r.t dan salam ukhwah fillah....

Segala puji hanya milik Allah Rabb alam semesta, kepada Allah kita memohon pertolongan atas urusan dunia dan agama, selawat dan salam semoga sentiasa tercurah atas sebaik-baik Rasul iaitu Nabi Muhammad SAW dan atas semua keluarganya, para sahabatnya, para tabi'in dan semua yang mengikuti mereka dengan baik sampai hari pembalasan kelak....

Apakah khabar hati2 kalian??

Rindu,, sungguh rindu mengupdate blog ni !!

Nak kenalkan....ni kumpulan qasidah lelaki dari Madrasah al-Khairat....



Kalau kumpulan Maulid perempuan tu ada....cuma tak dapat nak upload coz line begitu mencemburui.... (^_^)

Pelbagai pengalaman terdapat di madarasah ni... Masuk bulan ni dah 4 bulan Mazz menjadi sebahagian keluarga madrasah.... Di madarasah kami adalah sebuah keluarga yang besar,, kami saling ingat mengingati antara satu sama lain... Yakni,, kami tiada beza...antara kami adalah adeq beradeq... Kami saling sayang menyayangi antara satu sama lain kerana Allah SWT....


Madrasah merupakan rumah ke 2 bagi kami... Di madrasah bukan setakat belajar mengenai feqah, tauhid, hafazan, nahu tapi di madrasah ini juga di ajar tentang mendidik hati....

Mazz bersyukur sangat menemui Madrasah al-Khairat.... Sukar hendak di kata betapa gembiranya hati.... Namun,, hanya Allah mengetahui...

Akhir kata,, mohon maaf andai ada terkasar bahasa dalam sepanjang coretan kecil ini... Jika Maz punyai kesalahan di mata kalian,, tegur-tegurlah Mazz... Mazz manusia biasa seperti kalian yang tak lekang dek kesilapan.... Orang tegur Mazz kerana orang itu sayangkan Mazz.... Alhamdulillah... Terima kasih kalian....

Wassalam~


Selasa, 4 Disember 2012

Pengalamanku Hidupku !!!


Assalamualaikum warahmatullahhiwarakatuh dan salam kaseh buat semua pembaca....

Alhamdulillah wa syukrillah atas nafas ini....
Moga hari ini lebih baik dari hari semalam...
Selawat dan salam buat kekasih tercinta,
Nabi Muhammad SAW dan kaum kerabat baginda.

Apa khabar kalian?? Harap semua tempuhi dugaan dunia dengan tabah dan sabar yeee?? Ohhh yeee!!! Terasa rindu laaa nak update blog niii....

Sejak habis STPM SEM 1 ,, Maz langsung takde punyai kesempatan untuk update blog nii... Alahaiii!! Rindunyee nak conteng2222... muahahaaa!! (^_^)

Lepas je habis STPM SEM 1 hari tuu, Maz menghabiskan masa di rumah jeee.... Boleh tahan la bosaan jugak..... Tapi,, dah lame2 tu....memang menyeronokkan........ Eheheeee!! ;) Lepas beberapa hari duduk di rumah, goyang kaki, tengok tv , makan , tidur.... Mak pulak minta Maz untuk belajar kereta...... Wahhhh!!! (Happy sangat)

Mula2 ,, 18 November 2012... Maz gi kursus d Pusat Memandu Cangiran Matang , Kuching.... Dah tu,, seminggu lepas tu.... Maz ambik table taste.... Alahaiii!!! Gagal laa memula tuu....just dapat 41/50... Markah sekurang-kurangnya lulus kena dapat 4250.... Adoooiiiiii!! Satu markah je lagi.... Hahaaa~ Takpe2...usaha lebihhh~~~

Dan sekarang,,

Hati Maz betol2 terasa nak belajar di Madrasah al-Khairat.... Semoga pilihan ini,, adalah pilihan Maz yang terbaik.... InsyaALLAH.... Maz hendak baiki diri..... Maz sedar Maz banyak buat silap di dunia ini....Kerana Maz manusia biasa... Walau kita tak sekolah di sekolah kerajaan ,, dan hanya madrasah/pondok...takpeee.... Sebab rezeki ada di mana2....  Di madrasah, insyaALLAH Maz belajar mengenai ilmu ALLAH dengan lebih mendalam... Doakan kejayaan Maz yee?

Baiklahhhh~~
Sampai ni je dapat Maz kongsikan kepada pembaca untuk kali ni...
Kalau ada masa terluang....insyaALLAH Maz update lagi....

SALAM SAYANG KERANA ALLAH
(^_^)