Jumaat, 28 Jun 2013

~Aku Telah Dewasa~

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
سبحان الله وبجمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم





   Assalamualaikum w.r.t dan salam persaudaraan buat sahabat semua... Syukur ke hadrat Illahi kerana masih ada kesempatan menulis blog pada hari ini untuk dikongsikan bersama sahabat sekalian... Alhamdulillah jua kerana Allah SWT masih lagi memberikan nikmat pernafasan pada hari ini bagi meneruskan kehidupan dan melakukan amal ibadah serta perbaiki diri hari demi hari... Semoga kita bersama bersahabat hingga ke Taman Firdausi... Amin Ya Rabb...

   Pertama sekali Maz nak ucapkan terima kasih kepada sahabat kerana sudi berkunjung ke teratak blog Maz yang tidak menarik ni... Setiap yang tercoret di blog ini merupakan pengalaman hidup yang pernah Maz lalui... Ianya untuk dikongsikan bersama supaya dapat dijadikan teladan kehidupan pada diri saya dan sahabat semua... Benar!! Hidup banyak mematangkan diri...

   Apa khabar hati sahabat pada hari ini?? Semoga hidup kita sentiasa berada di dalam keredhaan Allah SWT....insyaALLAH....




   Alhamdulillah!! Allah SWT tetap memberikan aku kekuatan disaat aku tersungkur dan berputus asa... Terima kasih ya Allah!!

   Dahulu, aku mempunyai sifat kebudak-budakan sehinggakan ada antara orang-orang disekelilingku tidak menyukai akan karenahku... Aku juga seorang yang cepat lupa, contohnya apa yang orang nasihatkan padaku, masuk memang masuk tapi lupa balik... Selepas dinasihati aku mengulangi perangai lamaku... Dulu, aku mudah mengalah dengan keadaan sekeliling... Dulu juga, aku banyak menangis, sensitif dan bersikap suuzon(berburuk sangka)...

   Itulah aku yang dulu!!

   Berburuk sangka?? Sampai bila?? Sikap buruk sangka ini akan menghancurkan silaturrahim yang sudah tersedia terjalin... Apatah lagi dalam perhubungan persahabatan... Sahabatku,, semoga kita dipermudahkan untuk husnuzon(berbaik sangka) dalam kehidupan... Aminn...

   Mudah menangis dan sensitif?? Sampai bila pula hendak diteruskan sikap sebegini?? Ianya tidak membahagiakan hati dan jiwa, malah banyak penyeksaan diri... Keadaan sebegini akan menyebabkan aku berada dalam suasana tertekan... Keadaan ini juga akan mengganggu pelajaranku....

   Dijadikan cerita...

   Pada bulan lalu, aku mempunyai perasaan suka kepada seseorang... Dia baik, mempunyai akhlak yang memikat hatiku dan dialah selalu membuatkan aku sentiasa gembira... Hinggakan satu tahap, aku tidak dapat mengawal perasaan cemburu dalam diri... Aku bersikap kasar dan memarahinya... Apabila kami bertembung pasti aku menjeling padanya...

   Suatu hari, aku menangis kerana terasa kecewa, sedih, pedih dan terasa teramat berputus asa... Keadaan kami yang dahulunya mesra, kini bertukar disebabkan perasaan cemburu dan sikap suuzon dalam diriku... Aku menangis sekuat-kuat hati... Aku terasa lemah dan tersungkur tidak berdaya...

   Di saat-saat aku buntu tiada kekuatan, aku ingin meluahkan dan  kongsikan perkara yang tersimpan di lubuk hati ini dengan  seorang hamba Allah SWT... Aku mohon dorongan dan semangat dari orang sekelilingku... Tapi... Aku tidak tahu pada siapa...

   Ketika aku bersendirian, telah datang seorang insan yang telah Allah SWT kirimkan untuk memberikan aku semangat... Aku yakin,, orang itu Allah SWT kirimkan sebagai perantaraan aku dengan Allah SWT... Kata-kata semangat yang diberikan merupakan kata-kata semangat daripada Allah SWT... Syukur aku padaMu ya Allah SWT...


   Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana Allah SWT memberikan aku semangat, petunjuk, dan kekuatan semula... Walau apa pun yang telah aku lakukan, kasih sayang Allah SWT tetap mengiringi... Terima kasih atas ujian yang telah Engkau berikan pada aku ya Allah...

   Mungkin selama ini Allah SWT hendak menguji aku sama ada aku tabah atau tidak menghadapi ujianNya... Mungkin Allah SWT hendak melihat sejauh mana aku mentaati perintahNya... Allah SWT hendak melihat sejauh manakah aku terus bergantung harapan padanya ataupun terus rebah berputus asa... Betullah kata orang, setiap ujian yang kita hadapi itu pasti ada hikmah disebaliknya... Hikmah itu nikmat yang sungguh besar bagi insan-insan yang bersabar...


   Berbalik nasihat yang diberikan daripada insan yang dikirimkan oleh Allah SWT, nasihatnya mengandungi banyak makna...

   Antara nasihat-nasihat itu :

  1. Jangan ada rasa cinta antara satu sama lain dahulu.
  2. Jangan terlalu memikirkan perkara yang boleh membuatkan kita menangis.
  3. Fokus belajar (sibukkan diri terus menerus belajar dalam setiap masa terluang).
  4. Amalkan zikir setiap masa yang berlalu.
  5. Anggap apa yang di hadapan mata dan didengar yang boleh membuatkan diri menangis itu sebagai angin biasa sahaja.
  6. Betulkan niat.
   Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!!

   Beberapa dorongan yang diberikan  telah mampu menguatkan semangat aku kembali... Benar!! Pengalaman inilah mendidik hatiku dan mematangkan fikiranku... Aku ingin mengucapkan berbanyak kali syukur ke hadrat Illahi atas semua ini...



   Aku selalu menangis kerana seorang lelaki?? Ah!! Betapa jahilnya aku diwaktu itu... Mensia-siakan waktu yang berharga dengan tangisan hanya kerana seorang lelaki... Belum tentu lelaki itu jodoh aku kelak... Alangkah baiknya andai aku isikan masa yang berlalu itu dengan menyibukkan diri belajar, belajar dan belajar.... Masa itu adalah emas!!


   Usah kecewa andai tiada yang mencintai dan dicintai setelain Allah SWT, Rasul dan ibubapa... Sungguh indah andai mencintai ilmu... Ini kerana ilmu adalah wasiat para nabi kepada para ulama... Mereka tidak mewasiatkan wang dinar tapi mereka mewasiatkan ilmu... Oleh itu, marilah kita bersama hindari pembaziran waktu dengan memenuhi masa-masa yang berlalu itu mencintai Rasulullah SAW... Bukti mencintai Rasul?? Isikan masa yang terluang itu dengan menuntut ilmu yang berfaedah...

   Dan, biar kita menerima kebencian orang sekeliling terhadap kita... Asalkan kita tidak membalas kebencian orang sekeliling... Malah, membalas kebencian itu dengan kasih sayang yang seikhlasnya berlandaskan syariat Allah SWT....

   Kini aku mulakan kehidupan baru dengan fikiran yang matang... Baiki diri sebelum baiki hubungan dengan insan lain... Mulakan hidup baru dengan Bismillahirrahmannirrahim... Walau hari ini kita merasakan tidak ada orang yg menyayangi kita dan masih menilai kita dengan diri  yang lama... Sedarlah!! Kasih sayang Allah SWT tetap kekal abadi  dan hanya Allah SWT yang mengetahui segala-galanya... Anggap sahaja apa yang di depan mata dan didengar sebagai angin yang biasa... Mulakan hidup baru dengan ikhlas ditemani dengan moto baru, "JANGAN MENGALAH DENGAN KEADAAN SEKELILING, ANGGAP KEADAAN SEKELILING MENDORONG DIRI UNTUK BERJAYA"....





"Orang yang paling bahagia adalah orang yg melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan